Jatuh Tingkat 12 Kerana Larikan Diri Daripada Pihak Polis


SUSPEK kes samun dan rogol pekerja wanita di premis judi di Bandar Kinrara, Puchong, maut selepas terjun dari rumah PPR Seri Semarak, Setapak, malam tadi.

Dia dikatakan terjun ketika hendak melarikan diri daripada polis, pada kira-kira 10 malam.

Biarpun polis menemui masih dia bernyawa selepas terjatuh dari tingkat 12, namun disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira 30 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata pihaknya ke kawasan itu selepas mendapat maklumat.

"Ketika pemeriksaan di dalam rumah, polis terdengar barang terjatuh di dapur sebelum mendapati suspek bergayut pada jeriji besi di luar bangunan untuk turun ke rumah di tingkat 11.

"Polis meminta suspek naik. Tapi, lelaki itu enggan sebelum dia terjatuh,” katanya.

Suspek yang terbunuh adalah dua daripada lelaki diburu bagi membantu menyelesaikan kes rakaman CCTV yang tular di laman sosial pada 12 Mei lalu.

Pemilik premis berusia 40 tahun membuat laporan di Balai Polis Bandar Kinrara, pada 13 Mei lalu selepas rakaman CCTV berkenaan tular di laman sosial.

BACA JUGA: Ghaddar Janji Tidak Tuntut RM200 Ribu Jika Mahu Berpindah

Jangan lupa untuk LIKE Facebook BULETIN

Scroll to top