Jet Pejuang China Pintas Pesawat Amerika Yang Sedang Mengintip


WASHINGTON: Dua jet pejuang China memintas pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) di Laut China Timur, lapor media AS, memetik kenyataan pegawai.

NBC News melaporkan, pesawat AS, WC-135 Constant Phoenix, melakukan misi rutin di ruang udara antarabangsa kelmarin apabila dipintas di Laut China Timur oleh dua jet pejuang Sukhoi Su-30 milik China.

WC-135 yang juga digelar 'pesawat penghidu' dicipta untuk mengimbas atmosfera bagi mencari tanda aktiviti nuklear.

NBC berkata, kru pesawat AS menggambarkan pertembungan itu sebagai tidak profesional, walaupun tidak membahayakan.

Ia berkata, pegawai tentera menegaskan jet AS melakukan operasi selari dengan undang-undang antarabangsa.

Pegawai memberitahu rangkaian berita AS bahawa perkara itu sudah dibawa ke pengetahuan Beijing menerusi saluran diplomatik.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, memberitahu taklimat akhbar di Beijing beliau tidak mendapat maklumat mengenai kejadian. - AFP

BACA JUGA: Donald Trump Pecat Pengarah FBI

Jangan lupa untuk LIKE Facebook BULETIN

Scroll to top